No products in the cart.
Ditubuhkan pada November 2020, Elder Elite ialah
pasaran sehenti pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh teknologi.


医
UBAT-UBATAN


食
MAKANAN


住
PENJAGAAN


行
MOBILITI


Jumlah warga emas yang semakin meningkat di Malaysia telah menimbulkan masalah kekurangan ekosistem yang komprehensif bagi memenuhi keperluan mereka dalam pelbagai aspek. Oleh itu, kami Elder Elite telah menyediakan pasaran yang menyeluruh dan lancar bagi memberikan jalan penyelesaian untuk penjagaan warga emas 360 darjah.
Elder Elite memberi nafas baru terhadap penjagaan warga emas dengan mewujudkan pasaran atas talian yang dapat menyelesaikan masalah warga emas dengan mudah dengan hanya satu klik. Kami menggunakan teknologi yang sedia ada dan memacu perkongsian industri secara konsisten demi kebaikan komuniti warga emas.
Visi
Untuk terus berkembang menjadi peneraju dan penyedia penyelesaian terkemuka bagi keperluan warga emas di Asia Tenggara.
Misi
Memperkasakan dan meningkatkan taraf kehidupan warga emas dengan menyediakan platform sehenti yang mudah yang membolehkan warga emas untuk meneroka, belajar dan membeli belah barangan keperluan harian mereka.